Filled Under:

ALLAHUAKHBAR TAKZIAH!! Berita Baru Diterima.. PELAKON SYAMSUL YUSOF TERLIBAT KEMALANGAN NGERI DI...Semoga Keluarga Tabah Menghadapi Dugaan Besar ini


ALLAHUAKHBAR TAKZIAH!! Berita Baru Diterima.. PELAKON SYAMSUL YUSOF TERLIBAT KEMALANGAN NGERI DI...Semoga Keluarga Tabah Menghadapi Dugaan Besar ini






KUALA LUMPUR: Pelakon yang juga pengarah, Syamsul Yusof, 32, patah tulang bahu kiri ketika menjalani penggambaran filem Makrifat Cinta, semalam. Anak kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, itu bagaimanapun dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di sebuah hospital di ibu negara. Syamsul berkata, dalam kejadian sekitar jam 6.30 petang, beliau melakonkan aksi letupan untuk naskhah terbitan Dhananwood Films Sdn Bhd itu.

 "Sebenarnya aksi yang saya lakukan itu tidaklah susah dan biasa dilakukan dalam beberapa filem lakonan saya sebelum ini seperti dalam KL Gangster. Ia babak yang tidak memerlukan pelakon lagak ngeri. Pelakon, Syamsul Yusof, cedera pada bahu ketika menjayakan filem terbaharu, Makrifat Cinta. "Ketika kejadian, saya sedang melakonkan aksi melutut di tanah dan di hadapan saya pula pelakon Nora Danish yang sedang terbaring. Ketika berlaku aksi letupan di belakang, impak itu membuatkan badan saya melambung ke hadapan dan saya pula sempat mengelak daripada terjatuh menghempap Nora. 

"Ketika itulah pergerakan badan saya tidak begitu stabil, menyebabkan bahu saya terjatuh terlebih dulu. Ia menyebabkan rasa sakit yang amat sangat," katanya yang baru saja pulang dari hospital bagi mendapatkan rawatan pakar sewaktu bercakap kepada BH Online.

 Menurut Syamsul, selepas kejadian beliau dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan hanya diberikan ubat tahan sakit. "Malam tadi, sakit di bahu makin terasa dan hari ini, saya sekali lagi ke hospital untuk melakukan x-ray kerana bimbang berlakunya kecederaan lebih teruk. "Doktor mengesahkan bahu saya patah dan retak di belah kiri. Sepatutnya saya direhatkan di hospital, tetapi saya meminta izin untuk berehat di rumah saja. Saya turut dinasihatkan agar tidak melakukan banyak pergerakan," katanya. Tambahnya, beliau akan memulakan semula penggambaran filem arahan pengarah baharu, Kamal G, bermula esok.

 "Penggambaran baru saja bermula 12 hari lalu dan saya masih mempunyai dua minggu lagi untuk dihabiskan. Kalau keadaan bertambah baik, insya-Allah saya akan meneruskan kerja saya dan sekiranya tidak, terpaksalah saya mengambil cuti panjang sikit," katanya. Sementara itu, ditanya mengenai pembabitannya dalam syarikat produksi lain bersama pengarah baharu, Syamsul yang sering menjayakan filem terbitan syarikat Skop Productions milik bapanya sendiri berkata, naskhah bercorak romantik itu mampu menguji lakonannya. "Sepatutnya, memang dalam tempoh ini saya sudah mula menjalani penggambaran Munafik 2

. Begitupun, disebabkan saya masih tidak berpuas hati dengan jalan ceritanya, saya memerlukan tempoh yang agak lama untuk mengangkat karya itu menjadi lebih kuat dan berkualiti. "Selepas kejayaan besar diraih oleh Munafik, awal tahun ini, saya tidak sesekali mahu mengecewakan penonton. Saya mahu menjadikan Munafik 2 lebih kuat, khususnya dari segi jalan cerita. "Kebetulan, saya menerima skrip Makrifat Cinta, karya romantik pertama yang mampu menguji lakonan saya, jadi sudah tentu saya tidak mahu melepaskannya. Tambahan pula apabila melihat barisan pelakonnya, khususnya Nora yang kali berlakon dengan saya, ia membuatkan saya mahu menyahut cabaran itu," katanya mengenai filem yang turut dilakonkan Nabila Huda, Adi Putra dan Puteri Balqis itu.