Filled Under:

MASYALLAH:VIDEO ACHEY TERIMA PADAH ,KETIKA SMULE DALAM KERETA

MASYALLAH:VIDEO ACHEY TERIMA PADAH ,KETIKA SMULE DALAM KERETA




SHAH ALAM – Pelawak tanah air dari kumpulan Bocey, Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey mengakui bahawa Smule ketika memandu membuatkan dirinya hilang fokus dalam pemanduan. Achey berkata pemanduannya jadihilang fokus apabila beliau terpaksa melihat lirik lagu tersebut, hinggakan ia sedikit sebanyak telah melarikan fokusnya ketika memandu.

“Pengalaman saya tentang fokus ini, apabila saya memandu, kesalahan yang saya lakukan adalah Smule…ini teruk saya kena kecam. “Ini saya akui memang kesilapan saya, memang ketika itu saya pakai tali pinggang keledar, tetapi fokus saya hilang sebab saya tengok lirik, saya terlupa lirik, jadi bila ퟌ�kir balik memang satu kesalahan dan saya minta maaf dan tak buat lagi,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian Siri ke-43 yang berjudul ‘Pusara Di Jalan Raya: Sampai Bila? bertempat di Auditorium Sultan Muhammad V, di sini hari ini.

Video Achey dan Rozy menjadi viral apabila aksi Rozy bergandingan dengan Achey ketika menyanyikan lagu itu mendapat sambutan ramai pihak, video yang berdurasi selama 4:35 saat itu berjaya menarik jumlah tontonan sebanyak 660,438 orang. Namun di sebalik perkongsian itu, ramai pihak yang mengecam Achey kerana dianggap memandu dalam keadaan bahaya kerana Smule. Oleh itu ujar Achey, selepas menyedari mengenai kesalahan itu, beliau kini hanya akan Smule tatkala ketika tidak memandu. “Saya masih bersmule tapi saya berhentikan keretalah, tak lagi ketika memandu,” katanya.-Sinar